MAJLIS GURU CEMERLANG KOTA BHARU

Media komunikasi Guru Cemerlang Kota Bharu

Surat Siaran


 

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

KOTA BHARU

JALAN TELIPOT,

15150 KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM

TEL : 09-7530918    FAX : 09-7780158

Kepada sesiapa yang berkenaan ; 

Khidmat Khas Guru Cemerlang Pada Hari Rabu 

Berhubung perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa setiap Guru Cemerlang di negeri Kelantan terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat bakti mereka kepada pihak JPN dan PPD, khususnya program pemantauan ke sekolah-sekolah terpilih.  Hakikat ini telah direalisasikan melalui surat pekeliling yang telah diedar ke semua sekolah pada bulan April 2010.

 2. Jadual pengajaran Guru Cemerlang pada hari Rabu telah diarah untuk dikosongkan, bertujuan  memberi laluan kepada mereka menyumbangkan khidmat khas kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, atau menggunakan waktu pada hari berkenaan untuk melaksanakan aktiviti peningkatan profesionalisme masing-masing. Justeru, mereka dicadangkan agar tidak diberi kelas ganti (relief class) pada hari berkenaan.

 3. Pengisian aktiviti melibatkan Guru Cemerlang pada hari Rabu terkandung dalam Manual Prosedur Khidmat Khas Guru Cemerlang yang ada pada semua Guru Cemerlang di PPD ini. Pelaksanaannya tertakluk kepada takwim berkenaan, khususnya aktiviti pemantauan, kecuali pindaan-pindaan semasa mengikut kesesuaian dan keperluan tertentu.

 4. Penyertaan kegiatan Guru Cemerlang dalam aktiviti berkaitan PPD direkodkan di dalam Rekod Khas Dokumentasi Projek Khas dan Tuan Pengetua/Guru Besar berhak menyemak dokumentasi ini dari masa ke masa –  rekod pelaksanaan aktiviti yang  melibatkan penyertaan mereka.

 5. Sebarang pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pergerakan keluar (dari sekolah), Guru Cemerlang sepatutnya layak membuat tuntutan perjalanan melalui Jabatan/PPD/sekolah masing-masing mengikut ketetapan dalam surat pekeliling perbendaharaan yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

 ” KESETIAAN DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG , RAKYAT DIPAYUNG ”

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

  

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

KOTA BHARU

JALAN TELIPOT,

15150 KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM

TEL : 09-7530918    FAX : 09-7780158

   

Kepada sesiapa yang berkenaan ;

 ALTERNATIF AKTIVITI TERANCANG (MGC PPD KB) GURU CEMERLANG

 Program terancang PPD ; sila rujuk Takwim dalam Manual Prosedur

Hari     ; Rabu

-          pemantauan / lawatan dll            ; pagi

-          mesyuarat /  taklimat                   ; petang / pagi

ALTERNATIF AKTIVITI (INDIVIDU/BERFOKUS) GURU CEMERLANG

 Pelaksanaan Di Sekolah Masing-masing Untuk Meningkatkan Taraf Profesionalisme

(sekiranya GC tidak terlibat dengan program PPD/JPN/KPM/JNS pada hari Rabu)

1.   Penyediaan analisis SWOT/SWOC

2.   Mengemas kini dokumentasi Manual Prosedur Kerja & Fail Meja

3.   Kompilasi bahan untuk pemantauan

4.   Mencerap guru mata pelajaran kepakaran

5.   Memberi taklimat (perkongsian pintar kepada guru / murid)

6.   Menjana bahan P&P dalam versi TMK

7.   Membantu guru menguruskan program berkaitan panitia mata pelajaran, SKPM 

      berkaitan subjek, ULBS,UPBS, PEKA dll

8.   Penyediaan Proposal Kajian Tindakan atau melaksana strategi dalam KT

9.   Membina atau penambahbaikan berterusan modul-modul P&P subjek kepakaran

10. Mengurus bahan untuk kursus-kursus profesional

11. Menyelenggara kegiatan atau fasa berkaitan koakademik

12. Melengkapkan Head Count & Pemulihan mata pelajaran kepakaran

13. Pengucapan awam

14. Menyiapkan ruangan/paparan/pameran atau segmen berkaitan Bilik Pusat Akses 

      Kendiri (sekiranya ada)

15. Mengakses input untuk Buletin mata pelajaran kepakaran (sekiranya ada)

Catatan ;

Selain mempraktikkannya di sekolah masing-masing, untuk melaksanakan item-item di atas pada hari Rabu, GC juga boleh hadir ke sekolah penanda aras tertentu secara berkumpulan, atau ke PKG, atau ke PAK mana-mana sekolah atau ke PPD dengan inisiatif sendiri dengan syarat persetujuan premis berkenaan dan dimaklumkan kepada Penyelaras UPSR/PMR/SPM/STPM MGC PPD KB terlebih dahulu.

Sekretariat Pengurusan Pentadbiran sekolah diminta mengesahkan penglibatan GC masing-masing bagi kegiatan yang dilaksanakan di sekolah.

 

Satu Respons to “Surat Siaran”

  1. Mohd Ghazali bin Ab Rahman said

    Tahniah dan syabas………kepada semua guru cemerlang PPD KB…….marilah kita sama-sama membina kecemerlangan selaras dengan slogan PPD KB No 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: